// Vintage Heart .





Cerita Cinta Charlie.
21 May 2012 | 23:55 | 0 comments
Harini dah masuk hari ke-6 aku keluar dari kem PLKN. Sayu hati masih terasa. Kerinduan riuh rendah wira wirawati masih terngiang. Apakan daya. Masa tak boleh diundur. Masa semakin jauh kebelakang. Hanya redha dan pasrah, itu yang mampu.
Setiap pertemuan mesti ada perpisahan. Yes! Memang perpisahan itu perit untuk ditelan. Tapi jangan salahkan perpisahan kerana menjadi punca segala kesedihan. Jangan pula menuduh pertemuan kerana tanpanya perpisahan tidak akan berlaku. Ketahuilah semua itu adalah realiti dalam kehidupan. Kita mesti harus dan perlu menghadapi realiti tersebut meskipun sakit dan perit untuk dilalui. Setiap orang mesti pernah merasainya, begitu juga aku :')
Seminggu aku berada di kem tersebut, macam-macam berlaku. Macam-macam yang terjadi. Yelah. Masing-masing dalam proses merindui keluarga. Emosi pun tak berapa stabil. Mungkin ada yang masih terkejut, nak kata country shocked pun tak jugak. Senang cerita tak biasa lagi berjauhan dengan keluarga. Nak sesuaikan diri dengan kawan baru. Tempat baru. Dulu, bilik satu katil, satu orang. Ni, satu bilik, 18 orang. Memang nak pecah kepala kan? Tipu lah tak rasa macam tu. Masa aku mula-mula masuk dulu aku senyap sesenyap yang boleh. Nak tau kenapa? Sebab aku nak perhatikan dulu macam mana perangai setiap ahli dorm. Itu lah aku.
Actually, aku ni pemalu sebenarnya. HAHA (pemalu lah sangat) Tapi betul lah aku ni pemalu --' 
Tak caye? Kesah pulak aku? (Senyum, tunjuk lidah, jari telunjuk kat hidung) :P

Wirawati sayang.
Korang ingat tak masa kita gaduh haritu? Teruk kan? Masa tu aku tengah sebel cari line handset kat luar dorm. Harap handset je Blackberry tapi line haprak. Bengang aku weh. Macam monyet dah panjat sana panjat sini. Korang pun pernah kan? HAHA. Masa tu Fie jadi leader kita. Serious, maaf Fie tapi aku terkejut sangat kau bising macam tu. Tak patut. Kita sama-sama penat. Jangan buat lagi. Ingat pesan aku "Susah senang biar sama-sama. Kena denda sorang biar semua rasa. Air minum kalau boleh kongsi, baru korang rasa sayang satu sama lain. Baru ada rasa semangat kawan. Kalau penting diri sorang sampai bila tak maju" INGAT! Still jelas kat ingatan aku kita pernah nangis sesama kat dorm E dalam cari cara nak selesaikan masalah ni. Bukan aku tunjuk hebat masa tu. Kalau korang nak tau satu malam aku tak tidur pikir, kalau terus macamtu, jatuh komeni kita. Jatuh! That why aku amik keputusan nak jumpa semua. Walaupun aku tau aku bukan leader masa tu. Maaf kan aku okay kalau tak suka ;') Now dah settle, semua dah okay. Happy kan macamtu? Boleh hu ha sesama. Boleh kongsi makanan sesama. Boleh kongsi air sesama. Baju pun sampai ada yang hilang. Budjet ye pun nak kongsi baju. HAHA taulah sayang :'D Aku kat sini tak pernah tak rindu semua. Aku rindu sangat. Kenapa masa dah okay, baru aku kena balik. Kena keluar PLKN. Abah cakap, pelajaran penting. Ye aku kena teruskan. Maafkan aku tak sesama dengan korang susah dan senang. Tapi hati aku, tetap dalam hati semua. Aku janji. Jamuan yang korang buat sehari sebelum aku balik tu memang menyayat hati aku weh, aku sayanggggggggggg semua sangat sangat. Membazir je semua tu. Tapi ya allah aku taktau nak cakap apa. Aku rindu korang. Aku rindu pelukan korang. Aku rindu ayat "5 minit lagi" eventot dulu aku geram dengan ayat tu. Ya Allah, sayangnya aku kat korang. Korang jangan nakal nakal okay. Hangat tangan korang, hangat airmata korang yang aku lap. Still terasa. Ingat suapan terakhir aku unutk korang haritu ikhlas dari aku walaupun superring sakai tu je. (Seriouly aku sebak) Baru 2 minggu dah macam-macam :') Rindu aku nak tengok kecik kena simbah air dengan abe. Haha, liatnya wirawati bangun pagi. Macam mana nak kawen nnati, ain? haha. Dorm F, masa kita dah ngamlah aku tinggal korang. Jaga diri okay. Kesihatan jaga (lap airmata) Makan banyak weh, biar gemuk. Yang dah montel tu biar lagi comel. (cium sikit)
Bedah, suara tinggikan lagi. Jangan takut. Jangan lembik. Marah je kalau dorang tak dengar cakap. Tegas. Tapi mesra. Abe, teruskan ketegasan kau. Kalau perlu denda, denda je. Jangan susah2, aku hempuk kau kang. Jangan nangis dah abe. Mama kan ada lagi kat sana. Jam loceng ada bateri lagi? takde, aku pos haha. :) Dorm E, degil nak mampus semua ni. Tolong jangan liat bangun pagi. Walaupun aku dah tak sana, setiap 4.30pagi aku mesti bangun celik mata. 15minit lepastu baru aku tidur. Sebab? Aku teringat korang. Masa ni kecoh nak mandi. Ada yang mamai. Macam-macam rupa ada. Aku takboleh lupa macamna lawaknya tengok rupa Ana kahkahkah (jahatnya aku) ops! maaf. haha. Jangan lupa aku okay. Tambah lagi yang pernah tidur sekatil dengan aku. :)

Wira Terhebat.
Maafkan aku okay sebab tak sempat kenal semua dengan lebih dekat? Tapi semua kenal aku kan? Tu pun dah cukup untuk aku bila kita dah pernah bekerjasama dalam satu kompeni. Korang mesti tak sangka kan kita boleh dapat naib johan masa KKJ haritu? (angkat kening) ^.^ Sebab apa aku kata macam ni? Sebab aku pun tak percaya yang kita boleh settlekan KKJ tu dengan baik. 5 bintang bro. Mula-mula langsung takde kata sepakat. Masing-masing ego. Masing-masing ikut kepala lutut sendiri. Yang tak bagi pertolongan tu, kalau ada lagi kerja sepasukan macamni, tolong bagi kerjasama. Kalau tak aku ragging cukup-cukup --' Eventot aku kenal beberapa orang je tapi aku tau semua sporting. Tambah-tambah lagi yang simbah cikgu Is tu. Bapak salute aku kat kau bro, haha. Teruskan usaha anda. Kompeni kita paling maju sebab ada samsung, nokia, iphone haha. Kompeni lain ada? Takde :) Aku kat sini sentiasa ingat korang, selalu rindu korang. Rindu korang punya jeritan "Charlie Charlie" tu. Aku selalu texting dengan Mustaqim, apa yang kitorang texting mesti ada kena mengena dengan semua. Tepat jam 12.30 mesti dia suruh aku amik tray suruh makan. Haha. Dia sendiri mengaku dia pernah menangis sebab rindu korang. See? Airmata jantan pun boleh mengalir tahu :')
Btw papa mustaqim tengah sakit. Mohon doa semua. Ada hikmah kenapa dia ditakdir keluar dari PLKN haritu. Zahir, kau jangan asyik dengan berdiri kau je. Kau yang ngam dengan aku kan masa KKJ selain team Strategi aku? Nak tau kenapa? Sebab kau taktau malu haha. Kau tak kira berkawan. Lepas ni jangan tumbuk pintu, berlubang weh. Acap, terima kasih sebab sudi tolong aku ambik marker lah apa lah masa KKJ. Aku tau aku banyak songeh --' (kesah pulak aku) Maybe mula korang tengok aku macam "eleh kereknya minah ni" aku tau lah weh dari cara hatta pandang aku mula-mula kat dalam kelas masa mus dengan fie gaduh tu. Azim, hahahaha (senyum lebar aku taip nama ni) kenapa? Dia ni lain sikit. Teman tapi mesra. Mula aku tengok dia ni sombong. Rupanya tak. Sebab dia aku semangat nak pergi kelas. Dia pun sama eventot tangan kena gigit tebuan dapat Mc tapi datang jugak. Sebab? Aku paksa (gelak guling-guling) Korang semua mesti salah faham pasal aku dengan azim. Takpelah biar aku dengan dia je tau, okay? :) Aku sayang semua wira cuma dia lebih sikit. Tapi lagi lebih aku sayang wirawati. Btw, thanks a lot sebab azim sanggup runtuhkan ego dia menangis depan kelas sampai cikgu tanya kenapa menangis. Sebab aku kena balik, aku kena bagi ucapan haritu. Sebak hati aku tengok dia. Nak numfun aku mintak je kat azim, dia bagi ke tak terpulang dia :)

Takkan lupa dari ingatan aku masa hari last aku ada kat kem. Yang kita sesama jumpa kat padang kawad. Maafkan aku sebab jad ciwek menangis depan korang. Tapi tu yang aku rasa. Tambah lagi bila korang nyanyi lirik ST12. Sebab ada wira dari kompeni delta pernah nyanyi untuk aku. Aku tau ramai sayang aku. Aku lagi sayang korang. Korang kat sana jaga diri ye, makan biar banyak. Jangan gaduh, Bekerjasama. Tak payah nak berkira bangsa. Korang kat sana 3bulan, bukan lama. Tapi korang mesti pedih bila dah keluar kem nanti. Hargai semua detik kat sana. Jangan rasa susah, sentiasa rasa senang. Mesti semua gembira, Aku sayang kompeni kita, kompeni charlie. Bertuah aku dapat member macam korang semua. Ingat, doa aku sentiasa dengan korang. Aku tak putus contact cikgu-cikgu kita tanya korang. Tak caye tanyalah. Aku rasa dorang pun rimas kot? :) Sayangnya aku kat korang sampai beli numbo celcom tahu haha.
Hmm panjang lebar dah ni. Sampai sini jelah kot? Nanti aku update lagi okay? Semua pasal korang. Sampai korang tamat latihan. Aku janji satu hari nanti aku akan jejak kaki kat sana tengok Charlie kesayangan aku ni. Aku janji. Maaf nama-nama yang tak ada, bukan aku tak nak tulis tapi ramai. So aku tulis apa yang semua rasa. Termasuk aku. Aku tunggu korang balik. Kita boleh buat reunion. 23 Mei ni aku masuk sekolah. Doakan yang terbaik untuk aku. Maaf segala salah dan silap.






Kem PLKN Tegas Mesra Selama Perak
Kumpulan 2 Siri 9 / 2012





Older Post