// Vintage Heart .





kisah malam 1 januari 2012.
10 January 2012 | 07:31 | 0 comments


Firstly.
Aku nak korang bacakan AL-FATIHAH kat arwah KAMARUL HISHAM yang selamat kembali kerahmatullah pada 1 JANUARI 2012 jam 12:30 pagi.


amin amin ya rabbal alamain.

Aku update blog ni bukan sebab nak mengaib kan arwah ataupun sesiapa yang kenal dia. Aku juat nak korang jadikan teladan pasal kepergian dia kerahmatullah je. Aku harap sangat korang tak kan pergi dengan cara macam ni. Aku yang tak kenal arwah pun turut bersedih atas kepergian dia :(

Jam 12:15 pagi. Masa ni aku dalam kereta nak balik rumah lepas kerja. Kesian kat aku kan malam new year pun kena kerja, hmm. Tapi takpelah kan. Ok back to story, tiba tiba ayah aku nampak ada orang ramai je kat tepi jalan. Dalam hati aku mesti ada eksident ni. Then ayah aku pun berenti kereta tepi jalan pergi tengok. Aku ni jenis menyibuk jugak sebab ayah aku dah larang untuk turun tapi aku still nak turun. Padahal semua lelaki kat situ. Dengan ibu aku pun turun jugak :)

Masa nak dekat tu hati aku jadi sayu bila dengar suara lelaki macam merayu agar seseorang tak tinggal kan dia. Rupanya suara seorang ayah yang cuba menahan sebak, sambil menggoncang tubuh kaku si anak yang terbaring kat tepi jalan :( Si ayah tetap sabar, bercerita dengan si anak yang lemah longlai. Weh masa ni sumpah aku nak menangis. hati seorang ayah. Ya allah, kasih seorang ayah takde sape dapat ganti.
Tak sampai 5minit lepas aku bercakap dengan someone ni, aku pun tak kenal siapa ==' Then si ayah tadi meraung sambil menangis teresak-2 :
" Hisham, mengucap! jangan buat ayah macam ni, bangun sham. bangun! Lagi berapa hati je lagi nak start sekolah. Baju kan dah beli. Kasut semua dah cuba. Baju dah paking nak balik asrama. Ya Allah sham, tolong lah ayah. bangun sham!"

Subahanallah. ramai orang kat situ aku tengok nak menangis. Aku pun sedih sangat. Sampai sekarang aku teringat pasal ni. Sebab tu hati aku terdetik nak tulis pasal hal ni :(
Jam 12:40 mak arwah sampai. Mungkin masa mula-2 mak arwah tak nampak arwah sebab dah ditutup dengan kain pelekat ayah. Sekali mak arwah pandang belakang, mak arwah terus menjerit :
" innalillahiwainnailaihirojiun, astaghfirullahalazim hisham anak aku, kenap macam ni?! Kenapa?!! Sampai hati kau tinggal mak dulu sham!" 
Then mak arwah terus jatuh pengsan. Dekat 5minit jugak lah tak sedarkan diri. :(

Arwah sorang yang pandai. 5A dalam UPSR. Yang aku tahu mak dia cakap dia sekolah kat asrama penuh kat ipoh. Pihak ambulan yang datang tak boleh bawak arwah sebab dah meninggal so kena tunggu polis yang uruskan semuanya. Pihak ambulan kata arwah patah tengkuk, patah tulang belakang, patah tangan, retak bahagian belakang kepala. Aku tengok pun arwah dah berdarah banyak sangat. Ceritanya, arwah nak kejar kawan dia yang kat depan sebab tak tahu jalan. Entah macam mana boleh sampai langgar batu konkrit yang buat longkang besar yang ada geriji besi tu. Masa mula-2 di keluarkan, arwah melekat kat batu tu. Kepala kat bawah kaki kat atas. Aku tak dapat bayangkan macam mana seksanya malaikat maut tarik nyawa arwah. Memang setiap orang dah ditentukan. Kita je yang tak tahu kan?
Polis kata arwah mungkin bawak laju sebab ada kesan brek dari jarak jauh. Tapi tu analisa polis. Yang tahu hanya arwah tapi biarlah. Dia pun dah takde :(

Jam 3pagi, barulah semuanya selesai. Mayat diangkut guna van jenazah polis. Arwah pun dah selamat dikebumikan. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Tapi aku sempat mimpi arwah masa tu jam1:50 petang esoknya. Aku tertidur lepas azan zohor, hee.
Masa tu aku nampak arwah dimandikan mak nye. Dikafankan dan disembahyangkan. Muka arwah putih je. Sampi lah dia ditanam pun aku ada. Then terus aku sedar, dalam kul2 ibu bagitahu aku arwah dah dikebumikan lepas zohor. Aku terus cerita kat ibu apa yang aku mimpi. Ibu cuma cakap, doakan arwah.
hmm, aku harap arwah tenang kat sana.

p/s : korang, jangan bawa motor laju ye. hargai orang yang tersayang :(


Older Post | Newer Post